Search  
Wednesday, March 10, 2010 ..:: Home ::..   Login
 Rancangan Menarik Minimize
Rancangan "LUAHAN RASA" akan dapat anda ikuti pada setiap 11.11 MALAM. Kami di Selangor FM membuka ruang interaksi antara anda dengan DJ untuk MELUAHKAN apa saja perasaan anda pada waktu itu. Anda akan merasa LEGA selepas LUAHAN RASA.

Alamilah sendiri.

      

 Pengenalan stesen Minimize

logo.jpg.bmp

Profil dan Sejarah

Sebagai salah sebuah Stesen Radio Negeri yang berindukkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri, Kuala Lumpur, SELANGORfm sebenarnya lahir pada permulaannya dengan nama Radio Malaysia Kawasan Tengah (RMKT) pada Januari 1982. Peneraju pada peringkat permulaannya ialah Tuan Haji Yusof Hj. Awang dan Allahyarham Wan Ahmad Kamal. Radio Malaysia Kawasan Tengah sebenarnya adalah milik bersama tiga buah negeri berjiran iaitu Negeri Selangor Darul Ehsan, Negeri Sembilan Darul Khusus dan Pahang Darul Makmur.

Studio operasi RMKT terletak di Wisma Radio Angkasapuri Kuala Lumpur dengan Gelombang Siaran 98.3 FM Mono. Perubahan nama dilakukan apabila Negeri Sembilan telah mula mempunyai stesen radio sendiri iaitu Radio 3 Seremban. Sebagai mengambil sempena nama ibu negeri Selangor, stesen radio bagi Negeri Selangor telah diberi nama Radio 3 Shah Alam. Perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu Tan Sri Haji Muhammad bin Haji Mohd Taib pada 16 Ogos 1990. Siaran Radio 3 Shah Alam dipancarkan melalui 100.9 MHz.

Pada 16 Mei 1991, Radio 3 Shah Alam telah berpindah dari pusat operasinya di Wisma Radio, Angkasapuri ke Aras 4 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam Pada 1 Januari 1993. Siaran Radio 3 Shah Alam telah dilanjutkan selama 18 jam bermula jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam melalui gelombang FM Stereo sepenuhnya. Walaupun sasaran utama adalah Negeri Selangor, tetapi siaran ini juga boleh diikuti dengan jelas oleh penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak Selatan, Pahang Barat dan sebahagian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sempena menyambut saranan semangat patriotik daripada Kementerian Penerangan Malaysia dan selaras dengan semua stesen-stesen radio negeri seluruh Malaysia, Radio 3 Shah Alam turut diubah namanya menjadi Radio Malaysia Selangor dengan rasminya pada 31 Ogos 1998. Seperti stesen lain, Radio Malaysia Selangor sebagai sebuah media kerajaan yang berfungsi memberi maklumat dan hiburan juga bertindak sebagai jambatan yang mampu merapatkan hubungan pelbagai hala antara agensi kerajaan dan swasta dengan rakyat.

Pada 1 April 2005, dibawah Program Penjenamaan Semula RTM, kesemua 32 stesen radio RTM telah bertukar nama. Bermula saat itu, Radio Malaysia Selangor kini dikenali sebagai SELANGORfm. Detik itu telah menjadi titik tolak bermulanya segala perubahan yang dilakukan terhadap rancangan dan cara penyampaian di SELANGORfm

Majlis Pelancaran Pengenalan Semula SELANGORfm telah diadakan pada 19 Jun 2005, disempurnakan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamad Khir Bin Toyo.

SELANGORfm menjanjikan rancangan yang lebih menarik serta informasi yang padat dan terkini bagi memenuhi citarasa pendengar masa kini. Bagaimanapun, sebagai sebuah stesen radio kerajaan, SELANGORfm tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk mendidik masyarakat dan menyebarkan maklumat kerajaan kepada rakyat.

ALAMAT
Jabatan Penyiaran
Malaysia Negeri Selangor.
Aras 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Pej. Am : 03-5544 7283
Studio : 03-5510 2203 dan 03- 5510 2204
Fax : 03 - 55102202


      

 Pengarah Penyiaran Selangor Minimize


      

 Pengenalan Stesen Minimize
Sabah V fm merupakan sebuah stesen radio 24 jam yang mengandungi 6 bahasa seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Kadazan, Bahasa Dusun, Bahasa Murut dan Bahasa Bajau.

Anda dapat mempelajari bahasa-bahasa dan dialek-dialek yang ada di Sabah V fm.  Selain daripada itu, anda juga dapat berinteraksi bersama DJ-DJ yang peramah bagai nak rak dan ceria!

Semestinya menghiburkan!!! 

      

 Rancangan Menarik Minimize
DJ-DJ Bahasa Inggeris  :  DJ Selina Light, DJ Viola Masudal, DJ Christine Anthony, DJ Penny Loid, DJ Lil R Rina, DJ Ivan, DJ Big R & DJ Ellie Kathil

DJ-DJ Bahasa Cina  :  DJ Chin Weon Jin, DJ Ng Mang Kuan, DJ Kong Zing Siew, DJ Yap Pui Fen & DJ Chan Lip Ming

DJ-DJ Bahasa Kadazan  :  DJ Denis Primus, DJ Juliana Andrias, DJ Johanna Lokupi, DJ Marklinus Antang & DJ Stephanie Jipolin

DJ-DJ Bahasa Dusun  :  DJ Maidah Yungkit, DJ Floris Philip & DJ Alipin Manaf

DJ-DJ Bahasa Murut  :  DJ Wasni Parimbos, Sylvia Majius & DJ Abraham Angkimo

DJ-DJ Bahasa Bajau  :  DJ Juliah Amilasa, DJ Radik Taim, DJ Alrasde Derasin, DJ Junainah Sojiar & DJ Samad Ismail


      

 Text/HTML Minimize
DJ Selangor FM Setia Menemui Anda...
Bukan sahaja menerusi udara malah di alam maya!

Siapa mereka?

DJ Suraya Haji Mohammad
DJ Norazura Basir
DJ Siti Farhana
DJ Baizura
DJ Nazrie Fahmi Sukri
DJ Syed Hisham Shah
DJ Zainal Rahman
DJ A. Razak Ismail
DJ Yaafar Shahab
DJ Hamidah Aris
DJ Ishak Haron
DJ Nasa
DJ Toharudin Kiteh



      

 Pengenalan DJ Minimize

    

 

 

 

 

 

 

 

 

Suraya Haji Mohammad

 

 

 

 

 

Norazura Basir

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Siti Farhana

 

 

 

 

 

 

Baizura

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nazrie Fahmi Sukri

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Syed Hisham Shah

 

Zainal Rahman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

A.Razak Ismail

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Yaafar Shahab

 

Hamidah Aris

Ishak Haron

 

Nasa

 

Toharudin Kiteh

 


      

Copyright (c) 2010 SelangorFM   Terms Of Use  Privacy Statement